Categories
NASIONAL

Pemergian Kevin Morais satu kehilangan besar

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 SEP: Pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais susulan penemuan mayat beliau, pada 16 September lalu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata siasatan terperinci dan pendakwaan segera perlu dilakukan memandangkan mendiang antara tokoh yang terbabit dalam kes berprofil tinggi.

tuan ibrahim tuan manKatanya, kelewatan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan boleh mencemarkan imej negara.

“Insiden itu adalah satu musibah apabila mutakhir ini isu keselamatan negara berada di tahap kritikal kerana banyak berlaku kes bunuh,” katanya kepada Selangor Kini.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua beliau secara peribadi terkejut dengan insiden berkenaan yang disifatkan sebagai perbuatan keji dan menyedihkan.

“Mendiang terbabit dalam banyak kes orang berkepentingan dan saya rasa kita tidak boleh tolak beliau menyiasat kes rasuah berprofil tinggi,” katanya.

tianChua berkata, beliau pernah bertemu secara peribadi dengan mendiang dalam beberapa forum dan menyifatkan Kevin peguam berdedikasi dan serius dalam menjalankan tugas.

Misteri kehilangan Kevin selepas 12 hari akhirnya terjawab apabila beliau ditemui mati disimen dalam satu tong dram yang ditemui di dalam parit dikelilingi semak di Taman Subang Mewah, USJ 1, Subang Jaya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.