Categories
SELANGOR

Penyudah tak berbisa punca PKNS FC tewas

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 20 SEP: Penyudah kurang berkesan menjadi punca kekalahan PKNS FC kepada juara bertahan, Pahang, dalam kempen Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), malam tadi.

Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rasydin Abdul Rashid, berkata biarpun menunjukkan peningkatan namun ia belum cukup untuk menyaingi kehebatan pasukan lawan.

“PKNS FC berjaya mengimbangi Pahang pada separuh masa pertama malah mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun ketajaman penyerang kurang menjadi.

PKNS_FC“Biarpun menggandakan usaha ketika ketinggalan tetapi kelebihan jelas dimiliki pemain Pahang dengan skil lebih baik,” katanya kepada Selangor Kini.

Pahang mengalahkan PKNS FC 2 – 0 menerusi jaringan Azamuddin Akil pada minit ke 59 dan sepakan penalti Dickson Nwakaeme (m90).

Katanya, Pahang bijak menggunakan ruang dan kesempatan bagi menguasai permainan dalam separuh masa kedua selain kemasukan R Gopinathan yang banyak membantu untuk gol awal pasukan pelawat.

“Jaringan awal Pahang mengubah retak permainan dan gol kedua menerusi penalti pada saat akhir meranapkan usaha pasukan bagi mencari gol penyamaan untuk berkongsi mata,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kekalahan itu tidak melemahkan PKNS FC dan menjadi panduan berguna bagi menghadapi PDRM dalam perlawanan selepas ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.