Categories
SELANGOR

Piala Malaysia: Red Giants lambat ‘panas’, tewas mengejut

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 SEP: Selangor memulakan kempen Piala Malaysia dengan kekalahan mengejut 0-3 di Stadium Shah Alam semalam.

Turun selaku tuan rumah, pasukan kendalian Mehmet Durakovic tersentak dengan gol awal Kelantan seawal minit ke-26 menerusi Gilmar Da Silva.

Red GiantsThe Red Giants cuba mengasak dan bertahan namun keutusan 0-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung pada babak kedua Selangor yang cuba bangkit sekali lagi dibolosi buat kali kedua pada minit ke-49 menerusi Austin Amutu.

Empat minit kemudian, Kelantan memadam sisa kebangkitan Selangor dengan jaringan ketiga sekali lagi hasil jaringan Gilmar Da Silva.

Turut mencatat kemenangan, pasukan Felda United selepas menewaskan T-Team 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dengan keputusan itu Felda United mendahului Kumpulan B dengan tiga mata.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.