Categories
SELANGOR

Sukses: Klang, Petaling bersaing kuasai olahraga

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 SEP: Klang dan Petaling merancakkan saingan Sukan Selangor (Sukses) 2015 apabila cemerlang di gelanggang olahraga dengan pungutan 13 emas daripada 16 acara.

Klang mengatasi juara Sukses 2013 itu apabila menang tujuh berbanding enam diikuti Hulu Selangor (dua) dan Hulu Langat (satu).

Atlet kedua-dua daerah mencuri tumpuan dalam acara pecut 100m lelaki dan wanita dengan keputusan 1 – 1.

SUKSESKlang meraih emas 100m lelaki menerusi Muhammad Aqil Yasmin menghampakan Md Hazwan Ghalib (Petaling) untuk perak dan Muhammad Khairul Amin (Kuala Selangor) gangsa.

Petaling menebus kekecewaan dalam 100m wanita melalui Hee Xio Yi yang mengetepikan cabaran Lim Yin Xuan (Klang) serta Yip Wan Ni (Hulu Langat) ketiga.

Enam emas lain untuk Klang diraih Faris Hazim Jamlaujuddin (lontar peluru lelaki), Muhammad Fariz Hazim (merejam lembing lelaki), Muhammad Hafiz Mohd Razali (110m lari berpagar lelaki), Norhasimah Mohd Shahril (Lontar Peluru Wanita), Joeyne Ong (100m lari berpagar wanita) dan pasukan 4 x 100m wanita.

Manakala lima emas Petaling dari Amirul Hakim Johari (5000m lelaki), Mohd Sharin Azuan (lompat jauh lelaki), Tay Fung Liang (800m lelaki), Muhammad Hairi Rosman (10,000m jalan kaki lelaki) dan pasukan 4 x 100m lelaki.

Pelari Hulu Selangor, A Manissha mempamerkan kecemerlangan dalam 800m dan 5,000m wanita dengan meraih dua emas manakala Hulu Langat berpuashati dengan emas tunggal menerusi Nurul Emilia Abd Razi (Merejam Lembing wanita).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.