Categories
NASIONAL

Putrajaya beli kapal perang kelas Mistral RM3 bilion?

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 1 SEP: Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pertahanan berhasrat membeli sebuah kapal perang kelas Mistral yang dianggarkan bernilai RM3 bilion di saat ekonomi negara kian merudum.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata hasrat membeli kapal perang pengangkutan helikopter dari Kerajaan Perancis itu dilaporkan oleh The International Business Times bertajuk ‘France Russia Mistral Ship Update: Malaysia To Buy Aircraft Carrier’ bertarikh 26 Ogos lalu.

Katanya, nilai itu dijangka mengambil kira kos kontrak penyelenggaraan dan bantuan tenikal yang selalunya bernilai ratusan juta serta dipengaruhi kedudukan kadar matawang terkini.

yb rafizi parlimen“Dua buah kapal perang kelas Mistral pada asalnya ditempah Russia. Kapal yang dinamakan Sevastopol dan Vladivostok itu sepatutnya diserahkan kepada Russia pada tahun 2014 dan 2016 tetapi tergendala apabila Perancis membatalkan kontrak penjualan itu ekoran rekod buruk hak asasi masusia Russia.

“Semakan juga menunjukkan sebuah kapal perang itu dianggarkan sekitar USD600 juta, pada tahun 2012. Itu tidak termasuk pembelian helikopter yang diperlukan sebagai melengkapkan kapal perang kelas Mistral,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Akhbar antarabangsa turut melaporkan Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian bakal mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bermula semalam yang disertai drombongan wakil industri persenjataan ngara itu.

najib_hishammuddin_600Laporan berkenaan sesuai dengan desas-desus bahawa lawatan Menteri Pertahanan Perancis adalah untuk merundingkan sebuah kapal perang kelas Mistral kepada Kerajaan Malaysia.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mempersoalkan niat Kerajaan Malaysia berniat membeli kapal perang yang direka dan dibina untuk armada laut Russia yang mempunyai stretegi pensenjataan berbeza dengan negara ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan perlu menjelaskan dakwaan itu kepada rakyat serta sesi Parlimen akan datang termasuk soal kos pembelian aset berkenaan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Sebelum itu, negara pernah dikejutkan dengan pembelian kapal selam Scorpene terpakai ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dengan pembayaran komisyen sehingga RM500 juta serta pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibu yang masih belum selesai.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.