Categories
NASIONAL

Rambo: Buang kebodohan dalam bola sepak, bukannya disanjung

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 SEP: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu melihat ke hadapan dalam mencari jalan memajukan mutu bola sepak negara dan bukannya masih berbicara mengenai tindakan penyokong disifatkan memalukan ketika bertemu UAE di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Alfadli Awaludin, 33, selaku wakil penyokong Malaysia berkata, tumpuan perlu diberikan adalah mengubah secara keseluruhan semua sistem sedia ada dan bukannya masih berbicara perihal yang tidak sepatutnya menyebabkan mutu bola sepak negara tidak berganjak.

“Yang bermasalah sebenarnya adalah FAM, kalau FAM tidak bermasalah kita semua pun takkan ada masalah.

IMG_9004“Tindak tanduk penyokong tidak memberikan kesan kepada bola sepak Malaysia, mungkin ada peratusan sedikit.

“Yang perlu kita bincangkan adalah tindak tanduk FAM, bukannya penyokong,” katanya yang lebih dikenali sebagai Rambo.

Menurutnya, senario bola lepak hari ini lebih menyanjung ‘kebodohan’ dan mengetepikan suara yang mahukan perubahan.

Ultras Malaya sebelum ini pernah tampil dengan kempen ’31 tahun dalam neraka’ dan ‘Presiden FAM sila letak jawatan’.

Tampil selaku panel forum ‘Hala Tuju Bola Sepak Malaysia: Apa Kata Mereka?’ anjuran Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) beliau turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang menyifatkan seolah-olah hanya Ultras Malaya bersikap prejudis terhadap FAM sedangkan semua penyokong mahu melihat Harimau Malaya berjaya.

Forum SukanMenyentuh soal pembangunan bola sepak tempatan Rambo menjelaskan sebelum ini Ultras Malaya pernah mengemukakan cadangan supaya pasukan bertanding di peringkat liga ditambah bagi membangunkan bola sepak di peringkat kompetitif.

Selain itu, mereka mencadangkan pengasingan entiti persatuan dan pihak menguruskan liga bagi mengelakkan berlakunya perebutan politik.

Mereka juga pernah mengemukakan tuntutan supaya Harimau Malaya layak ke Piala Dunia dan Piala Asia secara merit serta pasukan dari Malaysia boleh main Asia Champions League tanpa bermain ‘play-off’.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.