Categories
NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 23 SEP: Ringgit Malaysia terus gagal menyekat penurunan berterusan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, unit tempatan berada pada harga 4.31 berbanding dolar AS daripada penutup semalam iaitu 4.29.

Seorang peniaga berkata, dolar AS mengukuh berikutan ketidakseragaman dasar dalam kalangan bank pusat.

“Dolar mengukuh kerana Rizab Persekutuan AS (Fed) merancang mengukuhkan dasar kewangan, manakala Bank Pusat Eropah pula mahu melonggarkan lagi dasar kewangan,” lapor Bernama.

Najib-RMMata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit lebih rendah berbanding dolar Singapura pada 3.04 daripada penutup semalam iaitu 3.03 dan mengukuh berbanding Euro kepada 4.800 daripada 4.808 semalam.

Ringgit pernah diikat pada harga RM3.8 sedolar pada 1998 ketika krisis kewangan Asia.

Kadar pertukaran mata wang Malaysia paling teruk merosot tahun ini susulan kontroversi syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada pelbagai badan dikaitkan dengan 1MDB disalurkan ke akaun bank perdana menteri, pada 3 Julai lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.