Categories
NASIONAL

RM jatuh kepada RM4.31 berbanding USD

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 SEP: Ringgit Malaysia terus mencatatkan penurunan berbanding Dolar Amerika Syarikat iaitu pada kadar RM4.38 pada pagi ini.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, unit tempatan berada pada harga 4.31 berbanding dolar AS daripada penutup sehari sebelum itu iaitu 4.29.

Najib-RMNilai ringgit terus mencatat penurunan malam tadi pada harga 4.34 berbanding dolar AS dan terus merudum sehingga pembukaan hari ini.

Keadaan ini bertepatan dengan jangkaan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bahawa ringgit akan terus merudum kontroversi syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melanda negara.

Katanya, pemulihan ringgit hanya terjadi sekiranya skandal 1MDB dan ketidaktentuan politik diselesaikan.

Kadar pertukaran mata wang Malaysia paling teruk merosot tahun ini susulan kontroversi 1MDB yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada pelbagai badan dikaitkan dengan 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadi Najib, pada 3 Julai lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.