Categories
EKONOMI

Asakan perkembangan luar, Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar AS pada minggu depan, diasak oleh perkembangan luaran serta prestasi dolar AS yang terus kukuh, kata peniaga.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran Global FXTM, Jameel Ahmad berkata sentimen global dan prestasi pasaran saham juga akan mempengaruhi pergerakan ringgit minggu depan.

“Sama ada pasaran saham global terus terjejas akibat ketidaktentuan sama yang dialami sejak beberapa bulan lepas, akan menjadi faktor utama yang menentukan prestasi ringgit pada minggu depan.

“Jika aktiviti jualan saham berterusan di pasaran global pada minggu depan maka ringgit juga berkemungkinan mendapat kesannya apabila pelabur hilang minat terhadap pasaran negara pesat membangun,” katanya.

Jameel berkata ringgit juga berisiko untuk ditekan menghampiri paras 4.20 berbanding dolar AS.

“Setakat ini, gabungan kekukuhan dolar AS dan ketidaktentuan pasaran global terbukti menekan ringgit untuk jatuh ke paras menghampiri 4.20 minggu depan berbanding 4.15,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Industrial Development Finance Bhd, Dr Kamarudin Nor berkata ringgit susut berbanding dolar AS ke paras 4.1755 minggu lepas – paras yang sebelum ini dicatat pada November tahun lepas.

Menurutnya, prestasi ringgit juga seiring nasib mata wang lain di rantau ini.

“Ini berikutan pengukuhan ketara dolar AS yang mana indeks mata wang negara maju itu melonjak kepada 96.68 mata iaitu hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.

“Ringgit susut 0.42 peratus minggu ini yang menjadikannya turun 3.078 peratus berbanding dolar AS setakat tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam masa terdekat ini, katanya, kebimbangan mengenai perang dagangan, kelembapan ekonomi dan dasar monetari China yang lebih ketat akan mempengaruhi risiko pelabur terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

Di peringkat tempatan, jangkaan terhadap Bajet 2019 turut menjadi faktor penentu prestasi ringgit yang menjadikannya berdepan tekanan minggu depan dan dijejaskan lagi oleh penurunan harga minyak, kata Kamarudin.

Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.1730/1770 daripada 4.1560/1600, minggu depan.

Berbanding kelompok mata wang utama lain, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0154/0189 daripada 3.0129/0169 pada Jumaat lepas manakala berbanding yen Jepun, ringgit turun kepada 3.7282/7321 daripada 3.6982/7027.

Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3419/3495 daripada 5.4132/4205 dan naik berbanding euro kepada 4.7384/7438 daripada 4.7619/7674, Jumaat lepas.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga 3.9000/9080 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 26 APR: Ringgit melantun untuk dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini susulan minat belian yang diperbaharui selepas kejatuhan baru-baru ini, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9000/9080 berbanding dolar daripada 3.9045/9105 pada Isnin.

ringgitmalaysiaRinggit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain. Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.8823/8903 daripada 2.8847/8902, manakala mengukuh berbanding yen kepada 3.5075/5157 daripada 3.5119/5182.

Ia lebih kukuh berbanding euro pada 4.3934/4028 daripada 4.3941/4017, tetapi lebih lemah berbanding pound British kepada 5.6515/6650 daripada 5.6330/6425. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Setahun pulih ringgit, perlu pengukuhan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 OKT: Pemulihan nilai Ringgit Malaysia dijangka hanya berlaku dalam tempoh setahun daripada sekarang, kata mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.

Beliau berkata, segala usaha perlu dijalankan secara holistik dan efektif bagi mengembalikan ringgit ke paras lebih selesa.

Najib-RMKatanya, pemulihan itu juga banyak bergantung kepada pengukuhan ekonomi rakan dagang utama Malaysia seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan China.

“Kita harus memperbaiki pengurusan ekonomi dengan lebih cekap, mengurangkan import dan melebihkan eksport khasnya melalui sektor yang dapat meningkatkan pertukaran wang asing ke negara ini.

“Hanya dengan kombinasi semua ini, Ringgit Malaysia boleh kembali bernafas lega tetapi mengambil masa agak lama iaitu sepuluh hingga 12 bulan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau dihubungi bagi mengulas pandangan bahawa ringgit hanya kembali pulih dengan peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan.

Dr Rosli YaakopRosli berkata, penyelesaian politik masih tidak memadai walaupun isu politik menyumbang kepada kejatuhan ringgit.

“Jika dia meletak jawatan dan digantikan, penggantinya pun belum tentu lebih baik daripadanya.

“Jadi, langkah terbaik adalah memastikan semua faktor penyumbang diatasi dengan berhemah oleh kerajaan,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit merudum, Najib ‘relaks’ tiada tindakan konkrit

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 SEP: Tiada sebarang tanda kejatuhan nilai ringgit berhenti, malah Kerajaan Persekutuan seolah-olah menganggap isu itu sebagai remeh.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata disebalik kegawatan ekonomi semakin parah, Datuk Seri Najib Razak terlalu ‘relaks’ tanpa berusaha memberi keyakinan kepada rakyat.

Najib-RMKatanya keadaan itu memberi kesan buruk kepada rakyat berpendapatan rendah, jika kerajaan masih berdiam diri dan tidak mengambil langkah drastik.

“Perdana Menteri berada di New York sekarang dan saya tidak faham mengapa beliau berada di situ berbanding memberi tumpuan kepada masalah rakyat.

“Bagaimana pemimpin boleh membiarkan rakyatnya berada dalam kesusahan? Ia tindakan tidak bertanggungjawab dan Perdana Menteri relaks dalam isu ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Charles berkata dasar ekonomi terbuka diamalkan di Malaysia memberi risiko kepada peningkatan harga barangan import termasuk ubat-ubatan.

Katanya rakyat yang ingin menerima rawatan di hospital atau klinik kerajaan juga terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk perkhidmatan.

“Isu ini juga berkait dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpaksa menambah kos untuk membeli bahan mentah atau mesin dan alat ganti daripada luar negara.

“Rakyat terjejas, namun sehingga hari ini kita tidak nampak mana-mana menteri mengeluarkan rancangan mengatasi masalah ini,” katanya.

Ringgit Malaysia terus jatuh ke tahap paling lemah sejak 2005, di tengah-tengah siasatan berhadap dakwaan salah guna dana Perdana Menteri.

Ringgit kini berada pada paras RM4.47 berbanding dolar Amerika.

EZY

Categories
NASIONAL

RM jatuh kepada RM4.31 berbanding USD

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 24 SEP: Ringgit Malaysia terus mencatatkan penurunan berbanding Dolar Amerika Syarikat iaitu pada kadar RM4.38 pada pagi ini.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, unit tempatan berada pada harga 4.31 berbanding dolar AS daripada penutup sehari sebelum itu iaitu 4.29.

Najib-RMNilai ringgit terus mencatat penurunan malam tadi pada harga 4.34 berbanding dolar AS dan terus merudum sehingga pembukaan hari ini.

Keadaan ini bertepatan dengan jangkaan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bahawa ringgit akan terus merudum kontroversi syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melanda negara.

Katanya, pemulihan ringgit hanya terjadi sekiranya skandal 1MDB dan ketidaktentuan politik diselesaikan.

Kadar pertukaran mata wang Malaysia paling teruk merosot tahun ini susulan kontroversi 1MDB yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada pelbagai badan dikaitkan dengan 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadi Najib, pada 3 Julai lalu.

EZY

Categories
NASIONAL

Kerajaan patut bertindak segera selamatkan Ringgit Malaysia

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 28 OGOS: Langkah mencampuri pasaran bagi menyokong Ringgit Malaysia (RM) antara langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan ringgit terus jatuh.

Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob bagaimanapun berkata langkah itu sukar untuk merealisasikan ekoran memerlukan rizab kewangan yang tinggi.

Dr Rosli Yaakop“Saya percaya BNM ada mengambil langkah itu tapi ternyata usaha tidak mencukupi.

“Manakala BNM tidak boleh menggunakan modal yang besar kerana dikhuatiri tidak dapat mempertahankan diri jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Rosli berkata langkah itu boleh dilakukan sebelum ini ketika nilai ringgit tidak mengalami kejatuhan teruk.

“Sudah terlalu lewat untuk menyelamatkan nilai ringgit dengan langkah ini. Sekarang sudah jatuh lebih RM4, agak sukar untuk dilakukan,” katanya.

Beliau berkata kejatuhan nilai ringgit sepatutnya dapat memberikan pertambahan nilai eksport dengan langkah mengurangkan import.

Namun, katanya, perkara itu tidak berlaku dan dibuktikan dengan unjuran kewangan yang tidak mencapai sasaran.

“Unjuran yang dibuat adalah adalah sebanyak 5 hingga 6 peratus bagi suku kedua 2015.

“Namun, Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua (Q2) 2015 berbanding 5.6 peratus pada suku pertama (Q1),” katanya.

EZY