Categories
SELANGOR

Sejamas FC juara Piala William Leong

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 SEP: Sebanyak 26 pasukan sekitar Parlimen Selayang menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala William Leong anjuran Kelab Belia Batu Arang, di padang Majlis Perbandaran Selayang, pada 31 Ogos lalu.

Pengerusinya, V Anmuniandy, berkata aktiviti sukan yang julung kali dianjurkan itu bertujuan menyemai gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat terutama golongan belia dengan aktiviti berfaedah.

“Kita sifatkan penganjuran kali pertama ini sebagai berjaya dan diharap lebih mendapat sambutan dan tajaan pada masa depan.

“Terima kasih juga kepada polis atas kerjasama mengawal keselamatan pada hari kejohanan,” katanya kepada Selangor Kini.

unnamedMajlis penutup dan penyampaian hadiah disampaikan Ahli Parlimen Selayang, William Leong yang turut dihadiri penyelaras DUN Kuang, Salasiah Disa.

Kejohanan yang diadakan secara kalah mati itu dijuarai Sejamas FC Selayang Jaya yang berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000, medal serta piala iringan.

Tempat kedua pula dimenangi Kuala Selangor BRP dengan wang tunai RM1,500 dan medal.

Sementara itu, tempat ketiga juga keempat menjadi milik Kuala Selangor BRP A dan Hulu Langat dengan  masing-masing memenangi RM1,000 serta RM500.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.