Categories
SELANGOR

Selangor sasar semua rumah bertanah dapat tong sampah percuma

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 SEP: Kerajaan Negeri akan meningkatkan infrastruktur asas dengan mensasarkan pemberian tong sampah percuma kepada semua rumah bertanah atau ‘landed property’.

Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, berkata pemberian itu dijalankan secara berperingkat membabitkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan fasa satu dimulakan pada tahun ini.

EAN YONG“Pada permulaan kita edar 3,000 tong sampah (fasa satu) dahulu dan tahun depan lebih sikit.

“Kita anggarkan kira-kira 800,000 rumah di seluruh Selangor akan menerima tong sampah percuma ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga melancarkan kempen pengasingan sampah bagi mengalakkan dan memberi kesedaran kepada orang ramai kepentingan mengasingkan sampah mengikut konsep kitar semula.

Jelasnya, kempen ini perlu dijalankan bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah sekaligus memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

“Kita lancar program ini supaya kita boleh kaji tabiat atau perangai orang ramai membuang sampah dengan permulaan melibatkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS),” katanya.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.