Categories
SELANGOR

Sepang tercabar, Petaling di tangga kedua

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 SEP: Juara bertahan, Petaling mula menunjukkan kejaguhan apabila keluar daripada kedudukan terbawah dan melonjak ke tangga kedua kedudukan senarai pungutan pingat Sukan Selangor (Sukses) 2015, semalam.

Petaling menambah enam emas, dua perak dan tiga gangsa untuk mengumpul 10 emas, 11 perak juga 15 gangsa bagi mencabar hebat pendahulu, Sepang (13 emas, 7 perak, 6 gangsa) yang tidak memenangi sebarang pingat.

Lumba basikal menghasilkan pingat terbesar bagi daerah itu dengan tiga emas, dua perak dan dua gangsa diikuti memanah (satu emas, satu gangsa) dan tenpin bowling (dua emas).

SUKSESKuala Selangor yang jatuh di tangga ketiga sekadar menambah satu emas melalui lumba basikal, satu perak dan satu gangsa (tenpin bowling).

Kedudukan pingat dijangka terus berubah apabila beberapa acara dipertandingkan hari ini.

Tenpin bowling mempertandingkan acara master lelaki dan wanita, manakala lumba basikal dengan 200 meter lelaki dan wanita serta criterium lelaki juga wanita.

Sepak takraw disambung lagi untuk peringkat suku akhir hingga akhir membabitkan Klang A, Klang B, Kuala Selangor A, Sepang A, Sepang B, Petaling A, Kuala Langat B dan Gmobak B.

Tidak ketinggalan di gelanggang memanah dan bola sepak bagi merancakkan saingan antara semua daerah dalam Sukses kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.