Categories
SELANGOR

Sukses: Petaling menang tiga emas karate-do

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 SEP: Petaling jelas sukar dicabar apabila memenangi tiga emas daripada empat acara karate-do di Sukan Selangor (Sukses) 2015, semalam.

Juara edisi 2013 itu menguasai dua acara iaitu kata individu lelaki (Mohd Shafiq dan Aminudin) serta wanita (Nurul Syafiqa dan Athikah Shahira) dengan meraih emas dan perak manakala emas ketiga melalui acara kata berpasukan lelaki.

Hasrat Petaling untuk menyapu bersih emas karate-do dipatahkan Gombak yang beraksi cemerlang dalam acara berpasukan wanita.

SUKSESNamun badminton menceriakan kem Petaling dengan dua emas menerusi berpasukan lelaki dan wanita.

Boling padang menyaksikan saingan lebih terbuka apabila empat acara dilangsungkan dimenangi daerah berbeza.

Sepang menang emas acara persendirian lelaki (Mohammad Afiq Helmi) diikuti Klang dalam lelaki berempat (Arif Iskandar, Nor Akmal, Muhammad Haikal dan Muhammad Hafiz).

Hulu Langat mengambil giliran untuk memungut emas beregu menerusi gandingan Noor Suhaila dan Nurul Syafika manakala Nurul Athirah, Nur Azhafiqa dan Nur Nadiah Nabila (wanita bertiga) memastikan emas dimiliki Kuala Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.