Oleh: HAFIZAN TAIB
SHAH ALAM, 19 SEP: Petaling terus selesa menguasai Sukan Selangor (Sukses) 2015 dengan menduduki senarai teratas pungutan pingat keseluruhan.
Juara bertahan itu memungut 45 emas, 29 perak dan 36 gangsa meninggalkan Klang (26 emas, 31 perak, 29 gangsa) di tangga kedua dan daerah lain dalam sukan dwi-tahunan yang berakhir esok.
Semalam, daerah terbabit menambah lima emas menerusi karate-do (tiga) dan badminton (dua) manakala Gombak hanya satu daripada karate-do.
Daerah lain iaitu Klang, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Selangor masing-masing juga satu emas dari boling padang.
Berbaki 109 pingat menjadi rebutan, semua daerah meletakkan harapan kepada atlet mereka dalam acara masih dipertandingkan seperti badminton, bola tampar, boling padang dan bola sepak.
Biarpun hampir ke penghujung, tentunya Petaling tidak akan menerima laluan mudah bagi menambah pingat dan menjarak diri daripada daerah lain.
Semoga Sukses terus berlangsung dengan semangat kesukanan tinggi dipamerkan atlet muda Selangor.
EZY