Categories
SELANGOR

Selangor terlebih ganti 650 ekar tanah rizab

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 19 SEP: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata pihaknya komited menjaga tanah rizab Melayu dengan mewajibkan penggantian jika wujud keperluan membatalkan yang mahu dibangunkan.

Mohamed Azmin berkata, kebiasannya Kerajaan Negeri perlu mengganti tanah rizab Melayu yang dibangunkan kerana ia termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965, namun Selangor sudah terlebih ganti kira-kira 650 ekar tanah sejak setahun lalu.

azmin-sidang“Rizab tanah Melayu menjadi antara keutamaan saya dengan memastikan tanah yang dibatal dan dibangunkan perlu diganti dengan nilai yang sama seperti diperuntukkan Kanun Tanah Negara.

“Saya bersyukur kerana Selangor sudah terlebih ganti 650 ekar dan memberi jaminan tanah rizab akan terus kekal dan mempunyai nilai baik untuk masa depan,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang menyarankan kerajaan supaya menubuhkan Tribunal Tanah bagi mengawal selia urusan penjualan dan pembelian tanah rakyat khasnya membabitkan rizab Melayu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.