Categories
SELANGOR

Sukses: Sepang kekal teratas tapi terus dicabar

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 10 SEP: Petaling memenangi pingat emas dan perak dalam beregu wanita tenpin bowling Sukan Selangor (Sukses) 2015 semalam dalam usaha keluar dari kedudukan terbawah senarai pungutan pingat keseluruhan.

Pungutan terbaharu itu menyaksikan juara 2013, Petaling mengumpul empat emas, sembilan perak dan 12 gangsa sambil hanya kekurangan satu emas bagi menyamai Hulu Selangor (5 emas, 3 perak, 3 gangsa) di tangga kelapan.

SUKSESDalam saingan semalam, pasangan beregu Petaling, Aida Munirah dan Iffah Farhanah mengenepikan rakan sedaerah, Iffah Nadhirah dan Qistina untuk memenangi dua pingat utama sambil Nur Ain Izzany dan Nur Shairah (Kuala Langat) meraih gangsa.

Kuala Langat tidak terus hampa kerana memenangi emas beregu lelaki melalui M Nu’ Aim dan M Hafiz Fikri bagi mengatasi Adam Azza dan Aziz Naim (Hulu Selangor) serta Mohammad Hafiz dan Muhammad Hazim (Gombak) untuk perak dan gangsa.

Sepang terus kekal di kedudukan teratas dengan 13 emas, tujuh perak dan enam gangsa tetapi kian dicabar hebat Kuala Selangor di tempat kedua diikuti Klang dan Gombak.

Kuala Selangor cemerlang dalam sepak takraw semalam dengan Kuala Selangor A menewaskan Sepang A (2 – 0) dan Gombak B (2 – 1) manakala Kuala Selangor B menundukkan Hulu Langat B (2 – 1) dan Klang A (2 – 0).

Keputusan acara bola sepak pula menyaksikan Klang menewaskan Kuala Selangor 4 – 1, Kuala Langat mengalahkan Hulu Selangor 2 – 0 serta Petaling mengenepikan Gombak 4 – 1.

Sukses 2015 akan berlangsung hingga 20 September ini dan masih terdapat 381 daripada 602 pingat keseluruhan untuk direbut atlet dalam lebihan acara dipertandingkan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.