Categories
SELANGOR

SWELL : dedah masyarakat tentang kesihatan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 25 SEP: Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pelancongan akan menganjurkan Selangor Wellness Living Expo (Swell) 2015 pada 26 dan 27 September ini.

Program kerjasama Tourism Selangor dan Eagle Prestige Sdn Bhd itu bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre bermula jam 10 pagi hingga 6.00 petang.

SWELLSwell merupakan expo pelancongan kesihatan terbesar di negara ini dengan mensasarkan penarikan pengunjung tempatan dan pelancong antarabangsa.

Lebih menarik, Swell menampilkan 14 pakar kesihatan yang akan berucap dan menjawab soalan kesihatan daripada orang awam.

Turut disediakan bilik rundingan khusus untuk orang ramai mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kesihatan secara percuma.

Selain itu, sebanyak 51 gerai pameran daripada hospital swasta, perubatan tradisional dan komplementari (TCM), fisioterapi , farmaseutikal dan kosmetik, pemakanan, kesihatan dan spa akan mengambil bahagian.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong juga dijadualkan akan menghadiri expo itu.

Orang ramai di jemput hadir memeriahkan lagi program.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.