Categories
SELANGOR

200 peserta sertai kursus pasar produk ke hypermarket

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 OKT: HampirĀ 200 peserta menyertai Kursus Tips dan Peluang Pemasaran Produk ke Hypermarket , Pensijilan Halal, MeSTI dan Barcode 2015 anjuran Kerajaan Negeri.

Exco Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari, berkata Kursus Pembangunan Usahawan siri kedua itu dirangka secara berperingkat bagi membantu usahawan memajukan perniagaan.

AMIR“Kursus ini mengupas dan mendedahkan tips kepada usahawan bagaimana ingin memasarkan produk mereka dengan cara betul dan berkesan.

“Ilmu ini sangat penting bagi membolehkan produk mereka terjual sekali gus meningkatkan jualan dan pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pembangunan Usahawan di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor, di sini, hari ini.

Amiruddin berkata, program tersebut akan diterus ke masa hadapan jika sambutan menggalakkan dari orang ramai.

“Kursus ini terbuka kepada mereka berminat memulakan perniagaan. Bagi mereka sudah mempunyai perniagaan amat digalakkan tetapi terhad kepada 200 orang supaya penyampaian lebih terkesan,” katanya.

Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor, Khairulnizam Mohd Misnan, berkata kursus diberi secara berperingkat bermula dengan kaedah dan kepentingan pendaftaran perniagaan sehingga ke teknik pemasaran berkesan.

UPEN“Kita juga menjemput wakil Supermarket Giant untuk memberi taklimat bagaimana usahawan ingin memasarkan produk mereka.

“Minggu hadapan, kita ajar teknik dapatkan pinjaman bank menerusi wakil Maybank, CIMB bank dan Agrobank,”katanya.

Program tersebut bermula pada 20 Oktober lalu dan tamat 3 Disember depan.

Orang ramai berminat menyertai kursus boleh membuat permohanan dengan memuat turun aplikasi telefon pintar dan tablet usahawan selangor di usahawanselangor.57square.com (android dan ios).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.