Categories
NASIONAL

Anwar selesai beri kenyataan kes qazaf

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai memberi kenyataan berhubung permohonan dalam rayuan kes qazafnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Perkara itu disahkan peguamnya, Kamar Ainiah Kamaruzzaman ketika ditemui media di pekarangan kompleks mahkamah.

anwar2Katanya, peguam mewakilil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membangkitkan beberapa masalah teknikal bagi mengetepikan prosiding kes berkenaan.

“Tadi untuk bacaan afidavit Anwar, kami juga buat permohonan untuk ketepikan permohonan mereka yang mahu mengetepikan rayuan yang dibuat.

“Kami buat bantahan dan peguam menteri pula membangkitkan beberapa isu teknikal yang akan dikemukakan di Mahkamah Rayuan untuk diputuskan kerana keputusan kes ini tidak dapat ditetapkan ketua pendaftar sebaliknya akan dibawa ke Mahkamah Rayuan nanti,” katanya dipetik Malaysia Kini.

Terdahulu, Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang mengemukakan tuntutan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari yang gagal menampilkan empat saksi dalam pertuduhan kes liwatnya.

Kenyataan afidavit Anwar dibaca di hadapan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah, Khairol Nizam dan prosiding kes akan bersambung semula di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, pada 26 Oktober ini..

Pada masa sama, Kamar Aniah berkata pihaknya menghadapi kekangan untuk bertemu Anwar bagi tujuan pengedalian kes berkenaan.

“Ini kerana penjara sangat ketat. Kita buat permohonan awal tetapi saat akhir baru permohonan diluluskan. Ini menyukarkan kami,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.