Categories
NASIONAL

Anwar gembira Saifuddin sertai PKR

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 OKT: Penyertaan bekas anggota majlis tertinggi Umno, Datuk Saifudiin Abdullah ke dalam PKR nyata membawa khabar gembira buat Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik Malaysia Kini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkongsi berita itu di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas Anwar memberi kenyataan berhubung permohonan dalam rayuan kes qazafnya.

anwar“Anwar kurang sihat sikit tapi dia nampak gembira apabila mengetahui Datuk Saifuddin menyertai PKR, hari ini. Anwar harap lebih ramai lagi yang akan menyertai PKR,” katanya.

Terdahulu, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu diumumkan menyertai PKR oleh Azizah dalam satu sidang media, sekali gus mengisytiharkan keluar Umno berkuatkuasa hari ini.

Saifuddin salah seorang pemimpin Umno yang dilihat lebih progresif berikutan sering mengutarakan pandangan bertentangan dengan dasar partinya.

Baru-baru ini, beliau diberikan surat tunjuk sebab oleh Umno kerana menyertai dialog membabitkan parti pembangkang yang membawa kepada pembentukan Pakatan Harapan, pada 22 September lalu.

Penyertaan Saifuddin ke dalam PKR dilihat bakal memperkukuhkan lagi PKR selepas penyertaan bekas veteran Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, sekali gus memantapkan gabungan Pakatan Harapan bersama Parti Amanah Negara dan DAP.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.