Categories
SELANGOR

Dana RM100 juta projek pembangunan Rumah Selangorku

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 NOV: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, mengumumkanĀ bagi pembangunan ekonomi, RM150.9 juta atau 11 peratus diperuntukkan termasuk pelaksanaan projek pembangunan Rumah Selangorku dengan dana RM100 juta bagi tempoh 5 tahun bermula 2016.

“Kerajaan Negeri melaksanakan projek pemulihan perumahan terbengkalai menerusi Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) dengan peruntukan iaitu RM20 juta. Kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan dirancang menyebabkan implikasi negatif.

Pembangunan2“Peruntukan itu disalurkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bagi menyelaras kerja pemulihan seterusnya memastikan nasib pembeli ini dapat dipedulikan.

“Persetujuan antara pembeli dan pihak berkepentingan perlu diselesaikan bagi memastikan tempoh penyelesaikan dapat dipercepatkan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.