Categories
SELANGOR

MB: Kenaikan gaji penjawat awam 3%, program air percuma diteruskan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 NOV: Kerajaan Selangor mengumumkan kenaikan gaji tiga peratus kepada penjawat awam dan meneruskan program Pemberian Air Percuma 20 meter padu.

Perkhabaran gembira itu diumumkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Kerajaan Negeri memperuntukkan perbelanjaan mengurus RM1.44 bilion, iaitu RM396.3 juta bagi perbelanjaan Emolumen, RM503.9 juta disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan manakala RM25.7 juta diperuntukkan kepada pembelian Aset.

Pembangunan2“Di bawah Emolumen, peningkatan peruntukan berikutan kenaikan tiga peratus gaji tahunan 10,673 kakitangan awam di Selangor yang melibatkan pertambahan kos iaitu RM8.8 juta.

“Bagi Perkhidmatan dan Bekalan, sejumlah RM20.12 juta disediakan bagi membiayai keperluan perkhidmatan di Jabatan Agama Islam Selangor terutama dalam meningkatkan kualiti pendidikan,” katanya.

Jabatan Pengairan dan Saliran menerima peruntukan tambahan sebanyak RM12 juta untuk operasi penyelenggaraan benteng pantai dan sungai, logboom dan kolam takungan dalam usaha untuk mengurangkan risiko banjir.

Untuk pembelian Aset, sejumlah RM 1.6 juta diperuntukkan bagi perolehan sembilan buah kaunter bergerak yang akan dibekalkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah.

“Penyediaan kaunter bergerak ini bagi memberi keselesaan rakyat membuat pilihan kaedah bayaran bersesuaian dengan masa dan lokasi mereka, terutama penduduk berada di luar bandar mengalami kesukaran untuk datang ke pejabat atau tidak mempunyai capaian internet bagi membuat bayaran secara atas talian,” katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Bagi Perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap pula diperuntukkan sebanyak RM441.7 juta sementara Perbelanjaan lain bernilai RM72.4 juta.

“Kenaikan bagi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap juga adalah berikutan kenaikan jumlah bantuan program Pemberian Air Percuma 20 meter padu sebanyak RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan program Air Percuma sebanyak RM170 juta.

“Secara puratanya setiap bulan, sebanyak 1.1 juta akaun meter individu dan 65,000 unit pangsapuri kos rendah mendapat manfaat daripada program ini,” katanya.

Sejumlah 1.8 juta penduduk Selangor yang berada di bawah paras garis kemiskinan bakal menerima manfaat apabila Kerajaan Negeri mengumumkan kenaikan kadar bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu RM14.7 juta.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menerima peruntukan iaitu RM5 juta dalam usaha memajukan sukan bola sepak di bawah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.

Di samping itu, Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda menerima manfaat kenaikan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap bagi tujuan operasi sebanyak RM1 juta.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.