Categories
SELANGOR

Elizabeth: Belanjawan Selangor tepat, bermanfaat buat ekonomi dan rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

RAWANG, 31 OKT: Usaha Kerajaan Negeri membangunkan pelancongan kesihatan disifatkan sebagai langkah tepat bagi pembangunan sektor terbabit bagi membantu memacu ekonomi Selangor.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata peruntukan RM300 juta bagi memperkasa sektor itu amat dialu-alukan.

elizabeth wong“Permulaan baik ke arah memantapkan sektor pelancongan dan perkhidmatan di Selangor.

“Ini adalah pengiktirafan bahawa pelancongan perubatan atau kesihatan antara terpenting bagi membawa lebih ramai pelancong daripada luar negara ke Selangor,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.

Elizabeth turut mengalu-alukan kewujudan Jawatankuasa Teknologi Hijau beserta peruntukan RM2 juta dalam usaha penerokaan dan pembangunan bidang terbabit.

“Kita boleh anjurkan pelbagai program dan membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat dasar lebih baik untuk memelihara alam sekitar menggunakan teknologi berkaitan,” katanya.

BELANJAWAN-SELANGOR-2016-1-660x471Belanjawan Selangor 2016 mengariskan peruntukan RM300 bagi pembangunan pelancongan kesihatan membabitkan pembangunan tiga hospital iaitu di Gombak, Shah Alam dam Setia Alam dijangka siap ada 2020.

Selain itu, peruntukan RM7.75 juta disalurkan bagi promosi pelancongan, memajukan industri kraftangan dan naik taraf produk pelancongan manakala RM1.35 juta bagi naik taraf Pusat Pelancongan Kelip-Kelip, kemudahan infra di pantai dan pembelian trem di Bukit Melawati.

“Secara keseluruhan belanjawan 2016 mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri menabur khidmat bakti dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Dato’ Menteri Besar membentangkan belanjawan 2016 berjumlah RM2.88 bilion dengan pengagihan 50:50 bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan RM1.44 bilion.

-nR-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.