Categories
SELANGOR

Iskandar: Belanjawan syumul, cakupi semua sektor dan masyarakat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 31 OKT: Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan Belanjawan Selangor 2016 sebagai belanjawan syumul.

Katanya, belanjawan bertemakan ‘Membangun Smart Selangor Yang Peduli’ dibentangkan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali itu menyentuh semua aspek dan golongan masyarakat di negeri termaju itu.

yb iskandar 1“Ini adalah belanjawan syumul, lengkap tanpa ada aspek tertinggal dalam memastikan seluruh rakyat menerima manfaat daripada belanjawan ini,” katanya

Iskandar berkata demikian selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam.

Menyentuh peruntukan di bawah portfolio beliau, Iskandar berkata Kerajaan Negeri turut prihatin terhadap masalah dihadapi golongan tidak layak membuat pinjaman bank tetapi berhasrat memiliki rumah sendiri.

“Kerajaan Negeri sedia bantu bayar wang pendahuluan 10 peratus kepada mereka yang gagal mendapat pinjaman bank. Apabila langsai membayar balik kepada Kerajaan Negeri, memungkinkan mereka untuk membeli rumah itu,” katanya.

Iskandar berkata, golongan sama turut dibantu menerusi skim Dana-Sel dengan peruntukan RM10 juta menerusi konsep sewa beli.

“Sekiranya penyewa terbabit masih gagal dapatkan pinjaman bank, mereka masih boleh terus tinggal dan memiliki rumah itu apabila bayaran sewa bulanan dibuat dapat menampung harga rumah terbabit,” katanya.

rumah selangorku alam budiman 5Belanjawan 2016 turut memperuntukan RM25 juta bagi Skim CERIA untuk membaiki pelbagai kerosakkan rumah kos rendah yang dibina di era Barisan Nasional (BN).

Selain itu, sejumlah RM1.68 juta diperuntukan bagi membeli rumah untuk disewakan kepada golongan tidak berkemampuan dan RM3.8 juta untuk skim membina masyarakat di rumah bertingkat bawah program SEROJA dan FOKUS.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.