Categories
SELANGOR

Empat sekolah persendirian Cina terima bantuan RM2 juta

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 OKT: Sebanyak empat sekolah persendirian Cina menerima sumbangan cek bernilai RM 2 juta daripada Kerajaan Negeri, semalam.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pihaknya dalam usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan negeri dengan membantu menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif untuk pembelajaran.

niknazmi“Sumbangan diberi sebagai penghargaan kepada Sekolah Persendirian kerana pembangunan negeri serta menghasilkan modal insan yang berkualiti.

“Saya kagum dengan watak dan pembawakan Sekolah Kwang Hwa sebagai sebuah institusi pendidikan, yang mengingatkan saya kepada madrasah tradisional, sekolah katolik dan sekolah awam British,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu penyampaian cek yang diadakan di Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua,Taman Eng Ann, Klang.

Selain bantuan ke sekolah persendirian, Nik Nazmi berkata bantuan sama akan turut dihulurkan ke institut pengajian tinggi.

Katanya, antara langkah yang telah diambil adalah mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) di peringkat negeri, Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

“KUIS juga telah mula mengiktiraf UEC di dalam beberapa program,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Pengangkutan, Teng Chang Kim dan Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V. Ganabathirau.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.