Categories
SELANGOR

Enam laluan baharu bas transit, galak masyarakat guna pengangkutan awam

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 7 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mewujudkan enam laluan baharu bas transit tahun hadapan untuk kemudahan masyarakat di bandar raya berkenaan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata perancangan itu adalah antara langkah diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam.

Mohd azizi mbpj“Ia bakal memudahkan rangkaian pengangkutan bagi laluan jarak jauh yang menghubungkan kawasan utara iaitu Damansara Damai hingga ke Petaling Jaya Selatan.

“Enam laluan itu ialah Damansara Damai ke Sungai Way (BT1), Kota Damansara ke Ara Damansara (BT2), Damansara Damai ke Sungai Way (BT3), Bandar Utama ke Kelana Jaya (BT4), Bandar Utama ke PJS3/2 (BT5) dan SS2 ke Jalan Othman (BT6),” katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan MBPJ 2016, di sini, semalam.

Katanya, dengan perancangan itu MBPJ berharap kebanjiran kenderaan persendirian dan masalah masalah kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan di Petaling Jaya.

Beliau berkata, MBPJ juga memperuntukkan RM6.59 juta untuk membiayai kos penyewaan bas bagi laluan tambahan iaitu dari Stesenm LRT Taman Bahagia ke SS2, Kelana Jaya dan dari Stesen LRT Taman Bahagia ke Kampung Tunku-Sea Park, tahun hadapan.

PC Rajiv dan Haniza berkenaan stesen bas di PJ Old Town (12)“Tambahan ini juga meliputi perolehan perkhidmatan bas elektrik sebagai memenuhi matlamat menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya berkarbon rendah.

“Bagi memajukan bandar raya dengan konsep itu, MBPJ akan meneruskan pelaksanaan Skim Rebat Cukai Taksiran kepada pemilik mesra alam dan menawarkan pas bulanan meletak kereta percuma selama setahun bagi pembeli kereta hybrid dan elektrik dari kedai jualan di sekitar Petaling Jaya.

“Ia juga termasuk program pemasangan lampu LED di lorong belakang dan program kitar semula 3R serta perangkaan Pelaqn Pengurusan Karbon Majlis dan Petaling Jaya,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.