Categories
NASIONAL

Indeks kebimbangan rakyat jadi mangsa jenayah meningkat 56 %

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Kebimbangan rakyat terhadap keselamatan mereka meningkat menurut kajian Indeks Kebimbangan Menjadi Mangsa Jenayah kendalian Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Menurut kajian yang melibatkan 15,000 responden itu, Indeks Kembimbangan Menjadi Mangsa Jenayah pada 2009 adalah sebanyak 58.5 peratus menurun 54 peratus pada 2010 dan 52.5 peratus pada 2011.

Fuziah-Salleh2Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata indeks terbabit meningkat kepada 56 peratus pada 2012 sekali gus membuktikan dakwaan menteri bahawa indeks kebimbangan semakin menurun saban tahun adalah tidak benar.

“Orang ramai merasa tidak selamat, kebimbangan ini memberi kesan terhadap kualiti kehidupan rakyat,” katanya.

Fuziah berkata demikian pada persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ketiga, semalam.

Beliau berkata, kerajaan harus mengambil langkah segera bagi mengurangkan kebimbangan rakyat.

“Kerajaan harus mengambil tindakan segera bukan sahaja di atas kertas tetapi tindakan di lapangan supaya rakyat lebih berasa selamat,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, tiga kaji selidik sudah dilaksana ke atas lebih 15,000 rakyat di seluruh negara mengenai persepsi mereka terhadap perkhidmatan polis dan kebimbangan menjadi mangsa jenayah.

Kaji selidik dilaksanakan secara rawak dari rumah ke rumah di kawasan bandar dan luar bandar dalam kalangan rakyat berumur 18 tahun dan ke atas.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.