Categories
NASIONAL

IPU gesa kerajaan peduli hak kebebasan dan asasi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Mesyuarat Kesatuan Antara Parlimen (IPU) kali ke-197 berlangsung di Geneva 21 Oktober lalu mengemukakan tuntutan supaya Kerajaan melakukan perubahan terhadap isu membabitkan kebebasan dan hak asasi.

Antara tuntutan itu, IPU berharap supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan peluang semakan penghakiman atau memperoleh pengampunan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung termasuk akses terhadap rawatan kesihatan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata Majlis IPU turut bersepakat bahawa Parlimen Malaysia melengah-lengahkan usul memansuhkan Akta Hasutan.

nurul izzah parlimen 11.10.2012 01“IPU juga berpendapat peruntukan Akta Hasutan diusulkan adalah lemah dan membenarkan akta itu disalahguna sehingga undang-undang membolehkan seseorang itu dipenjara mandatori selama tiga tahun.

“Mahkamah Persekutuan gagal membuat keputusan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan hingga merestui Akta Hasutan bersifat zalim dan tidak berlandaskan piawai hak asasi manusia antarabangsa,” katanya.

Nurul Izzah berkata demikian ketika sidang media di Lobi Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Selain Akta Hasutan, IPU turut sepakat bahawa Kanun Jenayah dan Akta Perhimpunan Aman digunakan terhadap ahli Parlimen bercanggah dengan hak kebebasan, berhimpun dan ekspresi.

IPU turut menyentuh isu pertukaran Peguam Negara ketika menyiasat kes 1MDB ekoran tidak mengikut undang-undang jenayah piawai antarabangsa.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan misi lawatan anggota Majlis IPU ke Kuala Lumpur tahun ini.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.