Categories
SELANGOR

Jalan Ke Syurga fokus isu rempit

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 OKT: Program Bual Bicara – Jalan Ke Syurga di Dataran Kemerdekaan di sini semalamĀ berlangsung meriah dengan sambutan membanggakan daripada masyarakat setempat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program dakwah itu adalah kesinambungan program sebelumnya dengan menjadikan Dataran Kemerdekaan sebagai lokasi pilihan berikutan kekuatan yang dimilikinya.

YunusHairi“Dataran ini dianggap terbaik kerana ada pengunjungnya dan pengalaman ditempuh seperti program santai Ramadan sejak 2011 dan tahun ini adalah tahun ke lima pelaksanaannya.

“Saya kira perlu ada kesinambungan dan akan kita teruskan dengan program dakwah lain selepas ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Jalan Ke Surga mengupas pelbagai isu kehidupan masyarakat termasuk memberi penumpuan terhadap golongan ‘mat rempit’ dengan menampilkan penalis jemputan, Ustaz Hanafiah Abdul Malek, Awi Rockers dan Mel Wings membicarakan tajuk ‘Hijrahku’.

“Ini adalah sebahagian program dakwah yang kita jalankan di Selangor.

“Ia berterusan menerusi program bual bicara lain dengan tumpuan berbeza dan penceramah juga berbeza mengikut kesesuaian,” katanya.

Dengan kejayaan penganjuran itu, pihaknya merancang meneruskan program diikuti seterusnya pada 7 dan 21 November serta 19 Disember ini.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.