Categories
SELANGOR

JAS: Tidak berlaku jerebu kuning

SHAH ALAM, 21 OKT: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menafikan kewujudan fenomena ‘jerebu kuning’ seperti yang tersebar di media sosial.

Dalam kenyataan media semalam, JAS memaklumkan pemantauan mendapati bacaan kepekatan karbon monoksida adalah rendah dan tidak menyebabkan fenomena berkenaan.

jerebu kelab shh alam“Bacaan kepekatan karbon monoksida itu kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality (Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam).

“Ia tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning,” menurut JAS dalam kenyataan, sekali gus menjelaskan maklumat yang disebarkan mengenai fenomena jerebu.

JAS menarik perhatian Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia merupakan pengukuran kesan kepekatan pencemar utara pencemar utama — habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10); karbon monoksida; sulfur dioksida; nitrogen dioksida dan ozon mengikut piawaian antarabangsa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.