Categories
NASIONAL

Jerebu: Dua kawasan di Sarawak catat bacaan tak sihat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 OKT: Dua kawasan di Sarawak hari ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu melebihi 100.

Semakan di laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati setakat 9 pagi ini, Kuching mencatatkan bacaan 107 sementara Samarahan pula dengan bacaan 106.

jerebuBagaimanapun, kebanyakan kawasan lain berada di zon hijau iaitu bacaan IPU sederhana termasuk Banting dengan bacaan 78, Kuala Selangor (63), Pelabuhan Klang (83), Petaling Jaya (61) dan Shah Alam (72).

Secara keseluruhannya, 34 kawasan mencatatkan bacaan sederhana manakala 16 lagi berada di zon sihat.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk menyemak bacaan IPU semasa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.