Categories
SELANGOR

Program PEKAWANIS beri manfaat masyarakat setempat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEMENYIH, 17 OKT: Penduduk di sini tidak melepaskan peluang hadir dalam program kemasyarakatan dan turut serta menjayakan acara itu bersama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).

Program Sepetang Bersama Yang Dipertua PEKAWANIS anjuran pertubuhan itu dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Semenyih menghimpunkan penduduk setempat dalam pelbagai aktiviti untuk dikongsi bersama di Dewan Orang Ramai Semenyih, di sini.

pekawanis02Yang Dipertua PEKAWANIS, Shamshida Taharin melahirkan rasa gembira dengan sambutan masyarakat di sini yang hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis berkenaan.

“Saya gembira diberi peluang untuk datang ke majlis ramah mesra ini.

“Program ini meriah dan saya gembira melihat penduduk di sini bekerjasama memasak, membuat gubahan di samping melihat produk dipasarkan penduduk Semenyih. Ia sangat bagus, Alhamdulillah,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, sememangnya PEKAWANIS banyak mengajurkan program bimbingan dan kemasyarakatan agar masyarakat boleh mengambil bahagian dan beroleh manfaat daripadanya.

“Kita sentiasa mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam program dijalankan demi faedah bersama,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.