Categories
SELANGOR

Jerebu : IPU 17 kawasan tidak sihat, 22 lagi sederhana

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 OKT: Sebanyak 17 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 pagi ini.

Semakan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati empat daripadanya terletak di Selangor iaitu Shah Alam dengan bacaan 120, Kuala Selangor (137), Pelabuhan Klang (127) dan Banting (108).

JEREBULangkawi, Kedah mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 173 selain Bakar Arang, Sungai Petani turut dikategorikan tidak sihat dengan 102.

Pada masa sama, Johor tidak banyak berubah dengan Kota Tinggi masih mencatat bacaan 103, Larkin Lama (112) dan Pasir Gudang (127).

Begitu juga dengan Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka yang terus kekal di zon tidak sihat dengan measing-masing mencatatkan IPU 110.

Kawasan lain termasuk Port Dickson, Negeri Sembilan (109), Kampung Air Putih, Taiping (100) dan Seri Manjung, Perak (121), Kangar, Perlis (111) serta Pulau Pinang di Seberang Jaya 2 Prai (105) dan USM (109).

Sementara itu, 22 kawasan lain dikategorikan sederhana manakala baki 13 lagi masih lagi berada dalam zon sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Leave a Reply

Your email address will not be published.