Categories
NASIONAL

Jerebu: Kualiti udara bertambah baik

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 OKT: Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pada jam 3 petang hari ini dengan kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), berbanding jam 9 pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya lima kawasan masih merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Pelabuhan Klang (120); Shah Alam (111); Banting (104); Pasir Gudang, Johor (106) dan Petaling Jaya (101).

JEREBUMiri dan Limbang sahaja mencatatkan bacaan IPU sihat dengan masing-masing 47 dan 46.

Sementara itu, sebanyak 45 kawasan seluruh negara pula mencatatkan IPU sederhana.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.