Categories
NASIONAL

Jerebu: Sekolah di Selangor & beberapa negeri diarah tutup 19 Oktober

KUALA LUMPUR  18 OKT: Semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan, Tawau, Kuching dan Samarahan ditutup esok berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

Demikian menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang dipetik di laman Facebooknya hari ini.

JEREBUBagaimanapun, katanya Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional masih diteruskan di bawah OPS Topeng.

Sehingga 6 petang tadi, dua lagi kawasan iaitu Tanjung Malim dan Cheras mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, menjadikan jumlah keseluruhan 16 kawasan berada dalam keadaan tidak sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU bagi Tanjung Malim, Perak ialah 102 manakala Cheras, Kuala Lumpur (105).

41445173329_freesizeSebanyak 14 kawasan masih berada pada paras tidak sihat sejak 2 petang iaitu Bandaraya Melaka (122) dan Bukit Rambai (116), Melaka; Nilai (120), Port Dickson (111) dan Seremban (121), Negeri Sembilan; Tawau (135), Sabah; Kuching (101) dan

Samarahan (110), Sarawak; Banting (124), Pelabuhan Klang (116), Petaling Jaya (110) dan Shah Alam (111), Selangor; Batu Muda (121), Kuala Lumpur; serta Putrajaya (116).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.