Categories
SELANGOR

Junior Eco Troupes pupuk pelajar hargai alam

NORHAYATI UMOR

KUALA SELANGOR, 17 OKT: Seramai 100 pelajar menyertai program Junior Eco Troupes di Kampung Kuantan di sini bagi memupuk kesedaran pemuliharaan kelip-kelip untuk terus membiak.

Program anjuran Tourism Selangor dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) itu juga bertujuan memberi pendedahan penjagaan sungai dan persekitaran yang sesuai dengan ekosistem setempat.

ElizabethExco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata program itu juga merupakan platform jalinan kerjasama antara sektor kerajaan dan swasta.

“Kita sememangnya memerlukan kerjasama seperti ini bagi mewujudkan kesedaran kepentingan mengenai hidupan ini.

“Kita juga sangat mengalukan pelajar diberi pendedahan secara awal supaya mereka lebih memahami,” katanya kepada pemberita.

Elizabeth berkata, setakat ini Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000 setahun untuk kerja penyelidikan.

“Kita berharap untuk tahun depan, Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan lebih,” katanya.

Junior Eco TroupesHadir sama Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din, Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) kawasan Kuala Selangor, Nazri Puteh dan Yang DiPertua MDKS, Noraini Roslan.

Beberapa aktiviti lain turut dijalankan antaranya pertunjukkan video, taklimat khas kelip-kelip oleh TNB, aktiviti pembuatan bebola enzyme, mengecat sampan dan persembahan artis, Syasa Saidin serta Iqbal Iqnada.

100 pelajar itu terdiri daripada Sekolah kebangsaan (SK) Sultan Abdul Aziz, SK Pasangan Kampung Kuantan dan Asia Pacific Smart School, Subang.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.