Categories
NASIONAL

Kerajaan belanja RM4.5 juta kawal baju merah, RM2.7 Bersih 4.0

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 27 OKT: PolisĀ perlu menyekat lebih awal sebarang permohonan mengadakan perhimpunan berbentuk ugutan bagi mengelakkan pembaziran kos.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, berkata pembaziran tenaga anggota dikerahkan juga turut berlaku dan menyumbang kepada pertambahan kos.

ANTHONY LOKEKeadaan itu berlaku dalam dua perhimpunan antara Bersih 4.0 dan Himpunan Rakyat Bersatu.

“Polis sepatutnya menyekat lebih awal jika ada permohonan bersifat ugutan.

“Jangan sampai terpaksa bazirkan kos besar,” katanya di Lobi Parlimen.

Berdasarkan jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan mengeluarkan kos tinggi dalam Himpunan Rakyat Beratu sebanyak RM4.5 juta berbanding RM2.7 juta bagi Perhimpunan Bersih 4.0.

Perincian anggota pula menyaksikan 263 orang pegawai dan 3,648 anggota lain digerakkan pada 16 September dalam Himpunan Rakyat Bersatu.

Berbeza dengan Bersih 4.0, hanya 191 orang pegawai dan 2,149 anggota lain digerakkan pada himpunan 29 dan 30 Ogos lalu.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.