Categories
SELANGOR

Kerajaan BN gagal tangani kenaikan harga tol tapi Selangor dipersalahkan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 OKT: Barisan Nasional (BN) perlu berhenti menuding jari kepada Kerajaan Selangor berhubung kawalan harga tol di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) dan Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT).

Exco Negeri, V Ganabatirau, berkata Selangor tiada kuasa veto dalam menentukan pengurusan lebuh raya itu kerana hanya memiliki saham minoriti di bawah anak syarikatnya.

Demo Bantah Tol di LDP Puchong (3)Katanya adalah menghairankan apabila kerajaan BN tidak mengerti perkara itu dan berterusan menafikan kuasa terhad Kerajaan Negeri.

“Dari milikan saham minoriti sahaja sudah membuktikan Selangor tiada kuasa mutlak dalam mentukkan pengurusan di kedua-dua lebuh raya itu.

“Ia sebenarnya berpunca daripada kegagalan dan kecuaian sengaja atau tidak sengaja pimpinan BN terdahulu di Selangor yang memeterai perjanjian dengan syarikat konsesi,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada masa sama, Ganabatirau berkata Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membantah kenaikan tol jika Selangor mempunyai kuasa penuh.

“Kerajaan Persekutuan yang mungkir janji kononnya ingin mengurangkan tol secara berperingkat, tetapi terbukti itu hanyalah helah mereka memperbodohkan rakyat.

“Ternyata BN tidak disenangi rakyat, maka pemimpin mereka akan ‘membebel’ tanpa arah untuk mengalih perhatian rakyat,” katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak menentang kenaikan harga tol yang membebankan rakyat yang mahu ia dikaji semula bagi memastikan kebajikan rakyat terus diberik keutamaan.

Kenaikan itu membebankan ekoran sebelum ini rakyat dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta janji Kerajaan Persekutuan mahu menurunkan harganya secara berperingkat dalam janji pilihan raya lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.