Categories
SELANGOR

Cadangan kaji kenaikan tol hanya sandiwara BN

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 OKT : Cadangan Umno Selangor supaya Kerajaan Persekutuan mengenakan harga tol dengan dua kaedah dianggap tidak lagi relevan ketika ini.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata ia kaedah ‘biasa’ Barisan Nasional (BN) untuk mengaburi mata rakyat kononnya mereka bersikap prihatin.

Demo Bantah Tol di LDP Puchong (3)“Selepas kerajaan BN menaikkan tol, cadangan daripada pimpinan parti itu tidak bererti dan hanya satu lagi sandiwara kononnya untuk membela nasib rakyat,” katanya ringkas kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencadangkan harga tol boleh dikekalkan ketika waktu puncak dan dikurangkan ketika luar waktu puncak.

Selain itu, beliau juga mencadangkan supaya kerajaan mengurangkan harga tol ketika cuti umum.

Pada masa sama, Ganabatirau berkata Kerajaan BN perlu sedar kesempitan hidup rakyat di sebalik tekanan ekonomi yang dihadapi golongan berpendapatan rendah.

Katanya rakyat sudah sekian lama terseksa dengan peningkatan harga petrol dan barangan yang tidak menentu dan kini ditambah dengan kenaikan tol.

“Kenaikan tol baru-baru ini dengan kadar yang begitu tinggi sudah cukup jelas menunjukkan kerajaan BN tidak mempedulikan rakyat.

“Rakyat sudah lama terseksa dengan kenaikan harga petrol, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kesan kenaikan harga barang,” katanya kepada Selangor Kini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.