Categories
NASIONAL

GST dan kenaikan tol bebankan rakyat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Langkah Kerajaan Persekutuan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana semakin tertekan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, berkata keadaan ini diburukkan lagi apabila Kerajaan Persekutuan membenarkan syarikat konsesi lebuh raya menaikan kadar tol masing-masing baru-baru ini.

Tengku-Razaleigh-Hamzah“Naiknya tol, GST, itu memang membebankan sedangkan pendapatan sebenar yang diharapkan rakyat tidak dirasai rakyat kerana tidak terdapan peningkatan sebenar.

“Mungkin rakyat sendiri perlu memikirkan produktiviti perlu ditingkatkan kerana keadaan ekonomi dunia amat teruk sekali,” kata Tengku Razaleigh kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Veteran Umno itu menambah, Kerajaan Persekutuan perlu memperbetulkan keadaan bagi meringankan tekanan kos sara dihadapi rakyat.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan perkara yang perlu diperbetulkan kerajaan hari ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.