Categories
NASIONAL

MB: 1MDB tanpa tiada penyelesaian, tampil pula bajet defisit

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mengambil kesempatan pembentangan Bajet Persekutuan 2016 dengan mencadangkan jalan penyelesaikan isu 1MDB.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata ini kerana rakyat tertunggu-tunggu pengumuman langkah konkrit kerajaan bagi mengatasi kemelut syarikat sarat hutang itu, sekali gus membantu memulihkan nilai Ringgit dan ekonomi negara.

MB Azmin“Dia langsung tidak ada langkah tangani masalah pengurusan kewangan. Isu 1MDB langsung tak disebut sedangkan itulah yang dinanti-nantikan rakyat.

“Bagaimana kerajaan boleh menguruskan ekonomi dengan bertanggungjawab,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian kepada media di Lobi Parlimen selepas Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2016 di sini, hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Najib sekali lagi membentangkan belanjawan defisit buat kali ke-17 berturut-turut.

Kegagalan mengurangkan perbelanjaan pengurusan bagi membolehkan perbelanjaan pembangunan ditingkatkan dianggap sebagai satu langkah tidak sihat untuk ekonomi negara yang dijangka getir tahun hadapan.

Ini berbeza dengan langkah yang diambil Kerajaan Selangor, menambah perbelanjaan pembangunan bagi memastikan ekonomi domestik di negeri itu dapat dijana dan sekali gus, menambah pendapatan rakyatnya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.