Categories
SELANGOR

MB ulangi status DEIG dalam Belanjawan 2016

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 OKT: Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) hanya beroperasi setelah urusan memperkemas dan memperkukuhkan struktur urus tadbir diselesaikan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sekali lagi menegaskan kenyataan itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Bajet 2016 MBIBeliau berkata, DEIG harus berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam memastikan pengurusan aset milik Kerajaan Negeri dilakukan dengan baik.

“Matlamat DEIG adalah menguruskan aset milik Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi mencapai penciptaan nilai kukuh dan mampan untuk meningkatkan hasil negeri melalui pembayaran dividen.

“Usaha inovatif itu bertujuan mengelakkan pertindihan aktiviti ekonomi melalui pembentukan beberapa kluster perniagaan yang memberi impak ekonomi strategik kepada Selangor,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, penubuhan syarikat itu juga susulan hasrat Selangor untuk menilai semula kebergantungan hasil negeri kepada premium, cukai dan urusniaga tanah.

“Menyedari cabaran ini, MBI kini dalam proses rasionalisasi aset yang dimiliki anak syarikatnya untuk menjana pertumbuhan dinamik dan organik bagi mempelbagaikan sumber pendapatan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.