Categories
SELANGOR

RM5 juta anjur Ekspo Antarabangsa Selangor

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 30 OKT: Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 November ini melibatkan kos RM5 juta.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ekspo itu bertujuan mempromosikan Selangor sebagai hub perdagangan global dan platform syarikat serantau mempamerkan produk mereka.

Beliau berkata, ia turut memberi peluang kepada pengusaha syarikat untuk menarik pelabur berpotensi bagi menjalin kerjasama.

“Komponen peserta pameran adalah dari industri elektrik dan elektronik, sains hayat, peralatan pengangkutan, jentera dan peralatan.

“Ekspo ini dijangka menerima 10,000 pelawat dalam kalangan ahli perniagaan dari dalam dan luar negara khususnya dari Asia Tenggara dan China,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Ekspo yang julung kali diadakan itu dijadualkan berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) dengan penyertaan 700 ruang pameran.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.