Categories
SELANGOR

MBPJ bentang Belanjawan 2016 berjumlah RM397 juta

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 6 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membentangkan belanjawan dengan perbelanjaan RM397.16 juta berbanding hasil diperoleh RM357.18 juta bagi 2016.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata hasil perolehan meningkat 9.61 peratus iaitu RM31.32 juta berbanding tahun ini sebanyak RM325.85 juta.

Katanya, belanja mengurus bagi MBPJ sebanyak RM335.8 juta berbanding RM315.1 juta bagi tahun ini manakala belanja pembangunan RM61.3 juta berbanding RM56.6 juta tahun ini.

MBPJIa mencatat defisit 11.19 peratus bagi memenuhi harapan rakyat dan penduduk yang begitu tinggi di samping komitmen MBPJ untuk pembangunan di kawasan pentadbirannya.

“Peratus defisit dicadangkan berkurangan berbanding tahun ini iaitu 14.07 peratus dan bagi mencapai hasrat itu kekurangan hasil sebanyak 11.19 peratus ditampung lebihan wang rizab terkumpul MBPJ.

“MBPJ yakin cadangan penggunaan wang rizab ini tidak menjelaskan kewangan bagi tempoh akan datang,” katanya semasa pembentangan belanjawan MBPJ 2016 di sini, hari ini.

Katanya, pembangunan lestari dicadangkan merangkumi enam sektor iaitu sektor pengangkutan, infrastruktur, perniagaan, perumahan, taman industri serta rekreasi dan kemudahan awam.

“Bertemakan ‘Pembangunan Lestari’ bermatlamat menjadikan kawasan pentadbiran MBPJ sebagai bandar raya lestari dan berdayahuni,” katanya.

Beliau berkata MBPJ terus meningkatkan pembangunan prasarana seperti jalan dan saliran serta perkhidmatan kebersihan kerana ia tunjang utama perkhidmatan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.