Categories
SELANGOR

Mundurkan pemikiran Melayu, Za’ba kritik sistem pendidikan British

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OKT: Tokoh intelektual Melayu, Pendeta Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad menentang penjajahan Inggeris dalam caranya tersendiri walaupun terkenal sebagai ilmuan bidang bahasa, kesusasteraan, kebudayaan, agama, etika dan ekonomi.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata Za’ba mengkritik sistem pendidikan British apabila ia memundurkan pemikiran anak bangsanya.

Seminar pendeta Za'aba YB Amir (3)“Za’ba mengkritik terutama pendidikan apabila British merangka sistem hanya membolehkan pelajar Melayu menulis dan mengira bukan pencerahan minda yang membawa perubahan sosial.

“Bagi Za’ba, ia sengaja dilakukan British bagi mengelakkan apa yang berlaku di India ketika  golongan berpendidikan mula melawan dan membebaskan negara mereka,” katanya ketika merasmikan Wacana Pendeta Za’ba: Pemikir Umat Rentas Zaman di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Katanya,  Za’ba juga pernah berkata Melayu pada masa itu dan akan datang bakal berhadapan masalah kemiskinan material, otak serta pemikiran.

permata-zabaAmirudin berkata, Melayu juga tidak boleh membangunkan bangsanya dengan cara menghina, mencerca dan meruntuhkan nasib bangsa lain.

“Ketika mahu mengangkat ekonomi Melayu, kita tidak boleh zalim, khianat dan tidak adil kepada bangsa lain yang memerlukan bantuan juga sokongan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.