Categories
SELANGOR

MPK pergiat penguatkuasaan barang perniagaan ganggu orang ramai

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 OKT: Operasi penguatkuasaan dan penyitaan terhadap barang perniagaan ditinggalkan di atas tanah kerajaan dipergiatkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di kawasan pentadbirannya.

Ketua Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz, berkata antara lokasi menerima aduan ialah sekitar Bukit Tinggi dan beberapa kawasan dikenalpasti untuk tindakan selanjutnya.

pepulau oktoberBeliau berkata, MPK tidak berkompromi dalam isu berkaitan barang peninggalan seperti itu kerana ia menyalahi undang-undang ditetapkan selain menghalang laluan awam di situ.

“Sebanyak tiga belas premis diperiksa dan lapan daripadanya disita antaranya tong gas (28), meja (3), dapur (6) dan tindakan diambil di bawah Seksyen 46 (1) (d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 atas kesalahan halangan di atas tempat awam.

“Operasi itu diadakan melibatkan Jabatan Pelesenan, Penguatkuasa, Perkhidmatan Persekitaran dan Jabatan Bangunan,” katanya dalam kenyataan media.

Norfiza berkata, pepulau dan siarkaki premis perniagaan adalah kegunaan pejalan kaki di hadapan premis namun kebanyakan pepulau ini digunakan pemilik menjalankan aktiviti perniagaan.

Katanya, struktur kekalnya dibina tidak mempunyai permit atau kelulusan MPK kerana ia didirikan di atas tanah rezab kerajaan serta menerima banyak aduan masyarakat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.