Categories
NASIONAL

Najib hilang taring, pemimpin BN sertai sidang media Tun M

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 OKT: Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersuara menentang penahanan dua individu yang dikaitkan dengan mantan perdana menteri itu dalam kempen isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lebih mengejutkan, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir dalam sidang media itu.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah; bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

pcSidang akhbar yang diadakan di Yayasan Kepimpanan Perdana itu berhubung kecaman kerajaan yang menyalahguna kuasa bagi menahan bekas pemimpin cawangan Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas setiausahanya, peguam Matthias Chang.

Kedua-dua individu itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas kesalahan cubaan mensabotaj ekonomi, kewangan dan sistem perbankan Malaysia.

Khairuddin ditahan selepas membuat laporan kepada pihak penguatkuasaan di luar negara termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1MDB.

Mereka dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini serta didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura.

Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA dengan perbicaraan bawah akta itu harus dibuat di Mahkamah Tinggi, bahkan mereka berdepan penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.