Categories
NASIONAL

Najib kaburi Dewan Rakyat, dakwa pembangkang terima GST

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibidas kerana cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan dakwaan kononnya Ahli Parlimen di blok pembangkang menerima Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, Ahli Parlimen pembangkang tidak pernah bersetuju berikutan cukai terbabit memberi kesan negatif secara langsung terhadap kehidupan rakyat.

MB Azmin“Kita tak terima GST, tetapi kita mahu sebelum GST dilaksana kerajaan mesti mengambil kira perkara besar iaitu ketirisan, kebocoran dan amalan rasuah yang berleluasa dalam sistem hari ini.

“Dia cuba mengelirukan dewan. Kita tidak pernah cadang sokong GST tetapi ahli parlimen kita mahu kerajaan jawab soalan isu fundamental dahulu seperti rasuah, salah guna kuasa,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat selepas Najib membentangkan Belanjawan 2016 di sini, hari ini.

Terdahulu, Najib ketika membentangkan Belanjawan 2016 mendakwa Pakatan Harapan memasukkan GST dalam dokumen Belanjawan Alternatif Malaysia 2016 yang dibentangkan Rabu lalu.

Bagaimanapun dalam belanjawan yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah itu dengan jelas menyatakan semua barangan yang dikenakan GST ketika ini akan dimansuhkan atau sifar GST sekiranya mereka menerajui Puterajaya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.