Categories
SELANGOR

Penyebar fitnah Raja Muda perlu bertanggungjawab

Oleh: SYASYA SUFIAN

SUBANG, 3 OKT: Pengguna media sosial perlu berhati-hati dan bertanggungjawab dengan setiap yang disebarkan kerana boleh mengundang fitnah ke atas individu yang tidak bersalah.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, berkata pembaca juga perlu memastikan kesahihan maklumat yang diterima dan tidak terus menghukum serta membuat andaian sendiri.

Hannah Yeoh pic“Pengguna facebook atau blogger perlu semak terlebih dahulu dan mendapatkan bukti kukuh sebelum menulis atau menyebar sesuatu maklumat kepada orang ramai.

“Setiap perkara yang dilaporkan dan dikongsi di laman sosial memberi impak besar, bahkan boleh menjejaskan reputasi pihak yang terlibat,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahum Tamby Chik yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menukar agama hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, baru-baru ini.

Tamby Chik“Media sosial sepatutnya dijadikan landasan untuk berkongsi maklumat positif dan bermanfaat kepada masyarakat,” kata Hannah.

Susulan dari kenyataan itu, Dewan DiRaja Selangor menafikan dakwaan berkenaan dan melahirkan kekesalan serta menyelar tindakan terbabit sebagai fitnah, hasutan dan berniat jahat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.