Categories
SELANGOR

Persiap kontinjen SUKMA hadapi cabaran

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 31 OKT: Peruntukan besar untuk pembangunan sukan digunakan sebaik mungkin bagi persiapan kontinjen Selangor menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada 2016.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata meskipun angka diumumkan selesa, namun tugas berat menanti semua dalam memastikan kejayaan pasukan.

Akademi Merah Kuning Bajet 2016“Perbelanjaan itu berdasarkan permohonan yang kita buat dari tahun ke tahun dan masanya untuk kita lakukan.

“Ia juga proses melengkapkan pemerkasaan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) yang kita panjangkan ke peringkat daerah. Kita tambah kakitangan untuk pemantauan di peringkat daerah,” katanya.

Menyentuh peruntukan ‘The Red Giants’ beliau berkata, pembangunan Akademi Merah Kuning diberikan penumpuan bagi melahirkan bakat muda dalam meneruskan legasi bola sepak.

Katanya, RM5 juta disumbangkan kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam usaha memajukan sukan bolasepak.

“Satu anjakan baru untuk bola sepak. Walaupun ada kekurangan namun saya rasa cukup untuk memastikan pasukan Liga Super tahun depan mempunyai peruntukan baik,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.